
Berita Harian Metro 16-12-2009 (RAE 2009-2) USM Transkrians
Padah tiada piawai Sirim
Oleh Zulfa Mohamad
zulfa@hmetro.com.my
NIBONG TEBAL: Tindakan seorang wanita mempromosi peralatan telekomunikasi yang tidak mempunyai kelulusan Institut Penyelidikan dan Piawaian Malaysia (Sirim), menerima padah apabila alat berkenaan dirampas, semalam.
Sebelum itu, wanita berusia 40-an itu mempamerkan walkie-talkie dan radio mudah alih untuk tujuan jualan di Dewan Utama Universiti Sains Malaysia (USM), Transkrian dekat sini.
Orang awam yang meragui tindakan wanita terbabit menghubungi polis sebelum Inspektor Anwar Johari dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis SPS mengetuai serbuan dengan kerjasama pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) diketuai Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa, Enkatesulu Juval serta pegawai penguat kuasa Sirim.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan (SPS), Asisten Superintendan Zulkifli Adamsah, berkata dalam serbuan itu lima unit walkie-talkie dan tiga unit radio mudah alih bernilai RM10,000 dirampas selepas didapati tidak mempunyai kelulusan Sirim.
Katanya, seorang wanita dari Parit Buntar, Perak yang juga jurujual peralatan berkenaan ditahan untuk siasatan manakala peralatan dirampas diserahkan kepada SKMM untuk tindakan lanjut.
“Tindakan diambil mengikut Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau dua tahun penjara atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan,” katanya.
Zulkifli berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti sama ada peralatan telekomunikasi berkenaan diseludup masuk ke negara ini.
“Jurujual berkenaan mendakwa tidak mengetahui bahawa penjualan alat itu menjadi satu kesalahan jika tanpa memiliki kelulusan Sirim.
“Polis juga mengingatkan orang ramai supaya memastikan peralatan dibeli mendapat kelulusan pihak berkuasa,” katanya.
Menurutnya, setiap alat telekomunikasi yang hendak dijual perlu mempunyai kelulusan Sirim kerana penggunaan alat yang tidak dibenarkan boleh mengganggu frekuensi alat komunikasi lain.
“Polis juga mengalu-alukan maklumat orang ramai mengenai penjualan alat telekomunikasi yang tidak mempunyai kelulusan Sirim,” katanya.
Program Hari Keluaga Astra & Makan Durian di Sik Kedah
Jawatan Kuasa Pengurusan ASTRA yang bermesyuarat pada 4 Julai 2009 telah menetapkan program berkenaan akan berlangsung pada ketetapan berikut :
Tarikh : 24 & 25 Julai 2009
Lokasi : KEDA Resort, Bendang Man, Sik, Kedah Darul Aman.
Bayaran : RM 3.00 (sewa tapak perkhemahan sahaja)
Bersama ini disertakan juga tentatif program berkenaan.
Hari Pertama : 24 Julai 2009
· Pendaftaran ahli serta keluarga
· Minum petang
· Aktiviti "Salam Kontek Kenal QSO di Daratan" (Majlis Eyeball)
· Makan Malam
· Solat Maghrib & Majlis Tahlil
· Solat Isyak
· Majlis Perasmian
· Majlis Santai & Karaoke
· Rehat
Hari Kedua : 25 Julai 2009
· Solat Subuh
· Sarapan Pagi
· Sukaneka
· Fox Hunting
· Majlis Penyampaian Hadiah & Cenderahati
· Makan Tengahari
· Majlis Bersurai
Sebarang pertanyaan, sila hubungi;
· 9W2HLM - 019 4123 052
· 9W2MYR - 016 538 5385
· 9W2BPT - 019 576 2734
· 9W2CRE - 019 402 2990 (Pengurus ASTRA Negeri Kedah)
Konvoi Ke Pahang
Bengkel RAE 2009/1
Konvoi Utara Selatan
Konvoi Utara Selatan
AGM Astra Ke 12
Pada 28-03-2009, Jam 08.30 pagi. Sebarang Pertanyaan boleh terus menghubungi 9W2MYR (ADO Astra Daerah Kerian) 016-5385385
































